salam....
aku kini sedang menanti jawapan dari seseorang....
aku memberi nya masa selama 3 hari untuk menunaikan istikharah...
penantian suatu penyeksaan..
apa jua jawapan dari die aku akan redho..aku akan terima
dgn hati yang terbuka..
Jawapan dari Allah tak pernah silap....
aku yakin dengan Allah taala...
ya allah berikan aku seorang suami yang soleh,yang
dapat membimbing ku kejalan-Mu...
yang boleh menbahagiakan aku dunia dan akhirat mu...
satu kan kami dengan ikatan pernikahan...
aku tahu yaAllah,kau maha mengetahui apa jua keadaan sekali pun
yang berlaku..kau maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui...
bantu lah diri ku ini ya Allah.....
Khamis, 5 Jun 2008
Risau
Risau,
perkataan ini sering bermain di fikiran aku sekara sekarang nie.....
yer..aku amat merisaukan keadaan mak...
ya Allah kenapa mak aku yang harus lalui semua ini...
kenapa bukan aku!!!
kenapa kau tak pilih aku sahaja terima ujian dari-Mu ni ya Allah...
ya Allah dari-Mu penyakit ini datang,aku tahu yaAllah dari-Mu juga penyembuh nye..
aku tahu ya Allah kau ade,kau ade di sisi aku...ade di sisi setiap umat-Mu...
Aku cube ikhtiar untuk mengubati mak dengan pusat perubatan islam darussyifa...
sembuhkanlah penyakit mak ya Allah..

Rabu, 4 Jun 2008
air mata di malam pengantin
Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.
"Doaku perlahan.Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti
"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
"Assalamualaikum!"
Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku."Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan.
" Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.
" Janjinya padaku.Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".
Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya. "Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka."Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.
""Apa!!!"
Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?"
Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?
"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.
"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak setelah sekian lama membisu.
"Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi."Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa."Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana."; "Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. "Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan. Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni."Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah satu agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.""Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus."Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah."Abang nak kemana tu?"Soalku."Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya."Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan."Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. "Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja." Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.""Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku."Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku."Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku."Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum."Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat."Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. "Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. "Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku."Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. "Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku."Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu."Ana ikut aje kemana abang nak bawa.""Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya."Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa."Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda."Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya."Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?""Ish...abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.""Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira."Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi."Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil."Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan."Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya."Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku." "Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil."Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku." Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. "Habistu apa yang sayang menungkan ni?"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.Dia memelukku erat sambil membelai rambutku." Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku." Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya." Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. " Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya. "Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri." Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat." Pasal peminangan tu." Ujarku.Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. " Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. " Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. "Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. " Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. " Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu." Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku." Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. " Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi." Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya."Bang...."Seruku."Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya."Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum."Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku."Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu. "Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku." Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. Rasulullah bersabda:"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."Rasulullah bersabda:"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."Rasulullah bersabda:"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali. Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya."Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. "Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam."Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. "Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya." Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..""Zul sakit ke?" Tanya ayah."Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya."Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak."Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan."Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk."Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam."Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.""Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan." "Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. "Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik."Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea""Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan."Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku." Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Rabu, 28 Mei 2008
JanGaN bErseDiH
JANGAN BERSEDIH....satu ungkapan yang cukup bermakna..
sedih sebenarnya memusnahkan hati,membunuh jiwa,merosakan
tubuh....
tetapi kenapa tiap kali masalah datang dalam hidup aku,
airmata aku mengalir keluar,kenapa aku bersedih...
aku cuba lawan perasaan sedih aku itu,tapi aku tewas...
yaa Allah kuat kan diri ku nie...

Isnin, 5 Mei 2008
Rabu, 30 April 2008
Selasa, 29 April 2008
"airmata wanita"
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar."Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
Isnin, 28 April 2008
KeHiDuPaN aKu - LuAhAn HaTiKu
Aku di beri nama Azwani Abu Kasim,
tarikh lahir aku 15/01/87,
umur korang bilang sendiri laa yer.
Aku di lahirkan di lenggong perak,
korang tahu ke lenggong di mana,
tak tahu pun,buat2 tahu laa ekk...huhu
aku di besar kan di lenggong,oleh mak aku,
ayah aku meninggal masa umo aku 2 tahun,
masa itu aku tidak mengerti apa2,
setelah arwah pak pergi mak lah yang mengambil alih
tugas sebagai ayah dan juga seorang ibu,
mak terlalu berkorban demi kami adik beradik,
menjual kuih demi menyara kami adik-beradik,
aku mempunyai 4 orang adik-beradik,
aku jugak menpunyai adik-beradik tiri,
iaitu satu bapa,berlainan ibu...
tetapi hubungan kami dengan adik-beradik tiri
tidak menpunyai sehaluan,
so,masing2 buat hal masing2..
bukan hendak memtuskan silatuhrahim antara
kami,tetapi jika terfikir apa yang mereka lakukan pada mak
memang kami tidak boleh terima...
mereka begitu kejam terhadap mak dan kami semua..
bagi mereka wang dan harta adalah perkara utama dalam
hidup ini...
diri mereka sebernarnya telah di bayangi oleh
kekayaan,dan kehendak syaitan..
arghhh....lupekan lah tentang mereka,lantak lah mereka apa nak buat,
itu urusan mereka dengan Allah Taala..
Hidup ku dulu memang amat susah,
aku sendiri belajar kehidupan daripada kesusahan dahulu,
barulah aku mengerti apa sebernarnya kehidupan ini...
Alhamdulillah,kini kehidupanku telah berubah,
dan aku pun sudah berkerja,biarpun
impian aku ingin sambung belaja tidak kesampaian,
tetapi aku bersyukur tuhan masih menyayangi aku
memberikan aku rezeki yang melimpah ruah,
bukan jua untuk aku,tetapi adalah untuk Mak aku...
cuma apa yang terkilan sesangat,aku tidak sempat
untuk berbakti,membalas budi arwah pak (tiri)
aku,hajat aku tidak kesampaian untuk membalas budi die terhadap
aku dan mak SELAMA INI....
pak telah menyahut seruan illahi pada 23/03/2002..
ya,allah ketika itu tak dapat ku bayang kan,
aku menangis sekuat hati,
aku seolah-olah tidak dapat menerima
hakikat bahawa yang pak telah tiada..
waktu itu aku seolah-olah melawan kehendak illahi,
kehendak Allah...
Diwaktu ini lah baru aku mengerti apa itu "KEMATIAN"
yang selama ini aku tidak pernah alami pada orang yang
aku benar2 sayang..
Aku telah kehilangan orang yang amat aku sayangi,
orang yang memahami akan diri ku ini,
yang mengajar diri kenal erti hidup,
yang mengajar erti ayat2 al-qurannukarim...
peniup semangat diri ketika ku di rundung masalah..
Aku masih lagi terbayang akan wajah nya,
wajah yang begitu bercahaya dalam diri aku,
walaupun 6 tahun aku telah kehilangan die,
tapi macam semalam aku dapat rasa kan,
yang die masih lagi bersama aku...
Aku terlalu
merindui gelak tawa bersamanya,
merindui akan suaranya,
merindui akan teguran nya,
merindui kasih sayang nya,
merindui akan wajah nya....
Perasaan itu semakin kuat dalam diriku,
perasaan itu seolah-olah mencengkam dada aku,
perasaan itu seolah-olah mengentuk hati dan naluri aku,
perasaan itu seolah-olah semakin kuat di rasai.....
Ya Allah,aku hanya mampu mengirimkan
sepohon al-fatihah,bacaan2 yasin untuk nya,
semoga Roh nya di cucuri rahmat,
dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman,
letak kan ia di dalam syurga-mu yang indah...

"Pilihlah hikmahnya di sebalik
tiang kejadian yang telah berlaku,
tuhan tidak akan pernah mepersia-sia
ketabahan seorang insan
dalam mengharungi kehidupan
yang penuh mehnah ujian"
LeMaH NyA DiRi iNi
Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri
Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri
Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang
Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan
Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi Nafsu pula mengawal diri
Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki Beberapa tapak sudah berhenti
Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri
Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima Atau dipaling
Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai Sudah menangis meratapi
Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…
Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.
Renungan
Hakikatnya....seseorg hamba yang memahami erti cinta sejati
terhadap lawan jenisnya adalah hanya org2 yg memiliki kemampuan berfikir..
cuba perhatikan potongn firman Allah di bawah..
"dan antara ayat2(keterangan)Nya juga,bahawa Allah mnjadikan isteri bgmu,
yg sebangsa dgnmu, supaya kamu boleh kamu
diam(mengalami hidup yg tenang dan damai)bersama-sama dia,
serta berkasih sayang.
sesungguhnya yg demikian itu menjadi
ayat(keterangan) bagi kaum yg berfikir"(ar rum:21)pada firman di atas,
Allah menegaskan bhw Dia mencipta "Azwajan"yg bermakna isteri utk hidup aman n tenteram.
kenapa Allah tidak mengatakan "Nissaan" atau "Imraatan" yg bererti "wanita" atau "perempuan" pada firmanNya yg suci di atas? Nyatalah disini,bhw kasih syg n perasaan cinta seorg lelaki hnya dibenarkn kpd isterinya shj.. begitulah sebaliknya..Ini menggambarkan Islam mengajarkan "bernikah dahulu baru bercinta" .namun, islam tak melarang pemeluknya utk merisik seseorg utk dijadkan isteri melalui cara dan etika yg dibenarkan..sprti melihat wajah n tapak tgn..sekarang,bagaimana syaitan menyalah gunakan cinta antara lawan jenis atau sesuatu pasangan yg hendak bernikah? dinafikan atau tidak,pada zaman ini rmi yg terperangkap pada jerat syaitan. dah ramai psgn muda mudi bahkan remaja yg belum ada sebarang ikatan dah berani saling berpandangn penuh nafsu, berpelukan...malah sehingga ke peringkat perhubungn seks.remaja belasan tahun rata2 telah mengenal apa itu boyfren and girlfren..bahkan ada yg rasa malu jika mereka x ada teman istimewa..sesungguhnya makar syaitan telah menjadikan kehidupan manusia terbalik 100 darjat..syaitan melalui teori psikologi cinta yg diciptakan manusia kini mengilhamkan aliran pemikiran keji di sisi syarak. seperti pendapat yg mengatakan bhw rasa cinta adalah salah satu tabiat manusia yg normal dan wajar,oleh itu hendaklah perasaan itu diluahkan menerusi sikap2 romantik spti berpegangan tgn, berpelukan dn yg related dgnya.mengenai percintaan sebelum nikah pula, ada seorg ilmuan barat pernah berkata..."how can i love a person whom i dont know?how can the person love me if he does not know me?" pernyataan itu sedikit sebanyak ada benarnya.. tapi apa yg sngt dikesalkan adalah hampir keseluruhan remaja mentafsirkan bhw "org yg nak bernikah mestilah berkenalan n bercinta dulu". sebagai akibtnya,mereka bergaul bebas sblm ape2 ikatan dgn alasan utk saling memahami,menyesuaikan diri sesama mereka demi keserasian hbgn mereka stlh berkahwin.bukankah ini sgt bercanggah dgn isyarat Allah dlm surah Al-Rum ayat 21?seterusnya, syaitan akan pasang perangkap pada semua anggota tubuh bdn manusia dan bahkan Ia berjalan hilir mudik searah dgn peredaran darah manusia. menurut bisikan syaitan, terdapat beberapa cara utk meluahkan perasaan antara lawan jenis.mulai dgn hujung rambut ke hujung kaki..dgn demikian, ia mengajar bagaimana cara memikat melalui mata,suara,kecantikan,raut muka,cara berpakaian dan byk lagi..renungkanlah..di mana kita meletakkan Allah dlam setiap apa yg kita buat..mintalah ampun kpd Allah jika selama ini kita mmbelakangkan cinta kpdNya..

Teman
Teman,
Perjuangan ini penuh onar dan duri
Perjuangan ini sangat mahal nilainya
Susah mahupun senang kita tetap hadapinya bersama
Namun waktu yang berputaran semakin jauh meninggalkan kita
Disaat ku memerlukan dirimu
Dikau sudah pergi jauh mengejar cita-cita hidupmu
Bagaikan terasa semalam kita bersama
Mengharungi kembara liku-liku sebagai seorang pejuang
Sesungguhnya di dalam madrasah perjuangan inilah kita bertemu
Teman,
Didalam persahabatan inilah daku mengenal pahit manisnya sebuah perjuangan
Perjuangan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah
Perjuangan inilah yang telah mendidik kita
Untuk menjadi insan yang sanggup berkorban demi agama
Teman,
Daku merindui setiap kalam nasihatmu
Nasihat yang benar-benar berguna dan bermanfaat
Nasihat yang lahir dari jiwa yang luhur dan murni
Teman,
Di saat ku jatuh tersungkur
Dikaulah pemberi semangat dan sejuta harapan
Senyum dan tawamu mampu menjadi penghiburku dikala susah
Teman,
Biarlah badai waktu yang memisahkan kita
Namun rabitah hati kita tetap bersama selamanya
Dalam menjalinkan ukhwah dan persahabatan
Teman,
Hanya kiriman doa yang akan mengiringi perjalanan hidupmu
Ingatlah, jangan dipisahkan kasih yang bersaudara ini

InDaH nYa CiPtAaN TuHaN
Indahya ciptaan tuhan,
betapa aku mengaguminya,
tiada satu kuasa pun yang mampu,
menandingi ciptaan-Mu,
sungguh aku kelu,
kalimah 'subhanallah',
ku ucapkan selalu
inilah amanah Allah kepada kita,
jagalah bumi ini dengan sempurna,
kita diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi ini,
jangan sesekali bongkak dengan kelebihan diri,
semua ini kepunyaan-Nya,
yang dipinjamkan sementara sementara kepada kita
ingatlah wahai manusia,
kehidupan di dunia hanyalah sementara,
sedangkan....kehidupan di akhirat adalah,
kekal abadi...
ohh..tuhanku!!!
Langgan:
Catatan (Atom)